Pembubaran dan Selepasnya Hizbul_Muslimin

Ramai anggota Hizbul Muslimin melepaskan diri mereka dari tindakan British dengan menyertai UMNO. Apabila puak ulamak di dalam UMNO berpecah keluar daripada parti itu, mereka menubuhkan Persatuan Islam Sa-Malaya (Pan-Malayan Islamic Association)[4], dengan singkatan PAS. Pada masa itu, perlembagaan persatuan membenarkan keahlian bertindih di dalam PAS dan UMNO yang menjadikan ramai ahli kedua-dua pertubuhan menganggap diri mereka juga ahli pertubuhan yang lain. Akhirnya, peruntukan keahlian bertindih di dalam perlembagaan parti dibatalkan dan PAS mula muncul sebagai entiti yang tersendiri.[5] Demi kepentingan untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, persatuan itu didaftar-semula sengan nama baru sebagai Pan-Malayan Islamic Party (PMIP). Nama itu ditukar sekali lagi kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa era presiden Asri Muda pad 1970s.[6]